Group of Highlanders
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Air Terjun Jelawang - Gunung Stong - Gunung Ayam, Dabong, Ke

Go down

Air Terjun Jelawang - Gunung Stong - Gunung Ayam, Dabong, Ke Empty Air Terjun Jelawang - Gunung Stong - Gunung Ayam, Dabong, Ke

Post  aredyq Thu Nov 22, 2007 2:05 pm

Kedua-dua gunung yang berada di Hutan Jelawang ini kebiasaannya didaki dalam satu ekspedisi. Dabong adalah pekan kecil yang terdekat, kemudahan stesen keretapi menjadikan keretapi sebagai pengankutan pilihan para pendaki untuk ke Dabong.

Dari Dabong pendaki perl menaiki bot untuk merentas Sg. Galas kira-kira 5 minit perjalanan. Perjalanan seterusnya sejauh 5KM jalanraya berturap dengan van atau kereta sapu untuk tiba di Kg. Jelawang.

Pendaki boleh memulakan pendakian dari Kg. Jelawang melalui trek balak atau meneruskan perjalanan dengan van atau kereta sapu menyusuri jalan kampung sejauh 2.8KM ke Resort Jelawang.

Resort Jelawang berada di kaki Air Terjun Jelawang 666' a.p.l. Resort ini menawarkan kemudahan chalet, bilik meeting, surau serta tandas. Pendaki boleh melaporkan diri di sini sebelum memulakan pendakian.

Terdapat 2 lagi trek ke Baha's Camp yang berada di puncak Air Terjun Jelawang di ketinggian 1404' a.p.l. Satu trek terus ke trek balak dan satu lagi menyusuri kaki air terjun jelawang sebelum masuk ke trek balak.

Pendaki boleh tiba di Baha's Camp kira-kira 45 minit berjalan. Baha's Camp diselia oleh sekumpulan anak tempatan memberi perkhidmatan jurupandu arah selain mengawasi kawasan Hutan Jelawang. Tapak khemah di sini cukup luas dan boleh menampung ratusan orang.

Beberapa tempat menarik boleh dilawati di sekitar Baha's Camp seperti Gua Rantai, Air Terjun Kolam Puteri, Telaga Tujuh dan Air Terjun 2 Gunung.

Gua Rantai
Gua ini dinamakan gua rantai kerana dipasang rantai didalamnya bagi memudahkan pengunjung melalui gua ini. Walaupun tidaklah begitu jauh perjalanan dalam gua ini namun tetap memberi satu keseronokkan apabila memasukinya.

Kolam Puteri / Air Terjun Kolam Puteri
Air terjun ini juga agak tinggi dan mempunyai kolam yang besar, dalam dan tenang. Seronok bermain air di sini samaada mengelunsur di air terjun mahupun berenang.

Telaga Tujuh
Tujuh telaga semulajadi ini berada di tengah-tengah sungai di atas air terjun Kolam Puteri. Masuk ke dalam telaga ini menjanjikan satu pengalaman menarik.

Air Terjun 2 Gunung
Dua air terjun dari dua buah gunung iaitu G. Stong dan G. Ayam bercantum menjadi satu sungai.

Trail
Kebiasaannya pendaki memulakan pendakian dari Baha's Camp seawal pagi setelah bermalam dan menikmati panorama matahari terbit dari puncak air Terjun Jelawang.
Trek adalah mengikut jalan balak tinggal seterusnya melalui denai-denai yang mencanak.

Pada waktu tengahari pendaki boleh tiba di puncak G. Stong. Setongkol batu besar dengan pokok bonsai diatasnya menjadikan puncak ini unik. Dari istilah 'stone' disebut jadi bunyi 'setong' dalam dialek tempatan.

Dari puncak G. Stong pendaki perlu turun hingga ke satu persimpangan trek ke G. Ayam yang dipanggil Beta Balak- di ketinggian 2652 kaki a.p.l. Disini jugalah punca air terakhir sebelum ke puncak G. Stong.

Trek dari Beta Balak ke Puncak G. Ayam kurang mencanak berbanding ke G. Stong. Pendaki akan melalui kawasan pokok-pokok bonsai sejurus tiba di puncak Baha iaitu anak G. Ayam. Puncak Baha ke Puncak Ayam hanya memakan masa kurang sejam perjalanan. Lewat petang pendaki boleh tiba di puncak G. Ayam.

Puncak G. Ayam ditanda dengan 'plate' dan terdapat pokok-pokok bonsai setinggi 10 kaki tinggi. Kira-kira sepelaung dari puncak ini terdapat kawasan perkhemahan yang boleh memuatkan sekitar 50 orang. Bukan sahaja tapak khemah, tapak kaki gajah juga biasanya ada disini. Pemandangan matahari terbenam cukup indah dibalik pokok-pokok bonsai di kawasan khemah.

Sumalian Trail
Satu lagi laluan ke G.Stong dan G.Ayam adalah dengan mengikut lembah Semeliang (Dialek tempatan berbunyi Sumelian). Laluan ini tidak mempunyai trek (off-trek) dan memeberi cabaran yang lebih hebat pada pendaki. Selain terpaksa meredah hutan, laluan adakalanya menyusuri anak-nak sungai atau longkang laluan air.

Beberapa tempat menarik di Lembah Sumeliang seperti Taman Orkid, Gua Kelawar dan Gua Kayu Jadi Batu. Taman Orkid merupakan kawsan yang ditumbuhi orkid-orkid liar yang jarang ditemui. Gua Kayu Jadi Batu pula adalah gua yang mempunyai fosil kayu balak yang sekeras batu. Selain itu terdapat kalimat 'Allah'(alif-lam-lam-ha) berwarna hijau florencent secara semulajadi didalam gua ini.




PERJALANAN

Dabong 05° 22´ 618 N, 102°00´599 E
Resort 05° 20´ 464 N, 101°58´190 E
Baha's Camp 05° 20´ 492 N, 101°58´036 E
Beta Balak 05° 20´ 445 N, 101°57´183 E
Stong Peak 05° 20´ 200 N, 101°56´750 E
Beta Balak 05° 20´ 445 N, 101°57´183 E
Ayam Peak 05° 20´ 737 N, 101°56´171 E
aredyq
aredyq

Number of posts : 2
Age : 44
Location : putrajaya
Registration date : 2007-11-20

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum