Gunung Datok

View previous topic View next topic Go down

[b]Gunung Datok[/b]

Post  godampc on Wed Nov 21, 2007 10:00 am

Mountain: Gunung Datuk [Bukit Datuk; Gunung Rembau; Gunung Datuk Rembau]
Height: 870m/2900ft
Location: Rembau, Negeri Sembilan.

Image hosted by servimg.com


Satu gunung yang agak mudah untuk pergi dan kos yang murah. Dari KL ke sini cuma mengambil masa lebih kurang 1 1/2 jam sahaja. Ketinggian gunung adalah 870m dan trek adalah mudah dan tidak jauh.
Gunung ini boleh dikatakan kawasan yang berbatu dan sudah tentu licin. Jadi saya mencadangkan anda yang baru ingin mencuba gunung ini harap menggunakan kasut yang sesuai.

Apa yang boleh saya katakan tentang gunung ini ia agak canak pada permulaan trek dan kebiasaannya saya sendiri akan naik dengan kadar slow. Biasalah dah namanya pon canakkan. Setelah mendaki lebih kurang 20-30 minit keadaan trek semakin landai dan anda boleh naik dengan bersahaja

Satu lagi masalah yang anda akan hadapi semasa mendaki gunung ini adalah ia agak panas dan saya menasihatkan anda supaya membawa air minuman yang mencukupi takut nanti anda akan kekeringan. Sepanjang perjalanan ke puncak gunung pula tiada sebarang punca air. Untuk Kamping di sini anda juga kena pastikan membawa air yang mencukupi. Sekiranya anda kekurangan air jangan risau ada juga sumber air yang boleh anda dapatkan tetapi untuk turun mengambil masa 10 minit dan naik semula lebih kurang 20 minit. Laluannya adalah apabila anda sampai di campsite kawasan lapang yang besar anda menghala terus dan cari laluan yang boleh turun ke bawah. Itulah laluan untuk turun ke punca air.

Puncak gunung penuh dengan batu-batu besar dan adanya gua di puncak gunung ini. Apabila sudah sampai ke puncak gunung ini jangan lepaskan peluang untuk anda explore kawasan gunung ini. Anda boleh view 360 darjah di atas puncak gunung dan kalau cuaca yang baik anda mungkin dapat melihat bandar seremban dan juga melaka. Jika bernasib baik lagi anda mungkin boleh melihat keretapi dari puncak gunung ini.

Untuk pergi ke sini ikut highway Utara-Selatan dan menuju ke Rembau, Negeri Sembilan. Ambil Exit 223 (Pedas/Linggi). Selepas tol masuk ke kiri di simpang-T.
Teruskan perjalanan anda sehingga anda berjumpa dengan satu bulatan(round-about). Ambil laluan kanan anda (pukul 3). Teruskan perjalanan sehingga berjumpa dengan traffic lights dipenghujung jalan. Ambil laluan kanan dan teruskan perjalanan sehingga berjumpa dengan signboad ke kiri menunjukkan Gunung Datuk. Ambil laluan kiri dan teruskan perjalanan lebih kurang 4 KM. Akan ada satu simpang ke kiri dengan sinage Gunung Datok. Anda akan melalui kawasan pokok getah. Anda akan jumpa satu lagi simpang dan sila amik laluan kiri dan teruskan perjalanan sehingga anda berjumpa base camp Gunung Datok.

Apapun untuk mendaki gunung ini terdapat sedikit bayaran yang akan dikenakan iaitu bermula 1 Ogos 2003, District Office of Rembau telah memberikan kebenaran kepada penduduk kampung untuk membuat kutipan yuran mendaki bagi maintain chalets dan kebersihan kawasan gunung ini. Selain tu mereka juga ada menyediakan chalets, sewa kanopi , kerusi, permit mendaki , insurance dan PA sistem.

Setakat ini bayaran yang saya tahu adalah permit mendaki iaitu RM1.00 seorang dan Camping permit RM3.00 satu kemah.

Kontact
Abd. Rahman bin Hj Idris
Taman Rekreasi Gunung Datuk
Kampung Batang Nyamor
71350 Kota,
Rembau, Negeri Sembilan
Telephone: 06-4382390
Mobile: 013-6182264
avatar
godampc

Number of posts : 9
Age : 38
Location : Bangi
Registration date : 2007-11-16

View user profile http://360.yahoo.com/godampc

Back to top Go down

Re: Gunung Datok

Post  godampc on Sat Dec 15, 2007 9:21 pm

Starting Jan 2007 - Permit masuk telah dinaikan kepada RM 3.00
avatar
godampc

Number of posts : 9
Age : 38
Location : Bangi
Registration date : 2007-11-16

View user profile http://360.yahoo.com/godampc

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum